Selasa, 25 Mac 2014

HABIS KAJANG KE BALINGIAN PULAK DAH....

ANUAR IBRAHIM

 

Tinggal beberapa hari lagi PRK kecil Dun Balingian akan berlangsung. Dalam tempoh yang ada, bermacam-macam gelagat pemimpin-pemimpin parti yang bertanding dapat kita lihat dalam tempoh berkempen kali ini. Alah bisa tegal biasa bagi mereka yang sudah lama bergelumbang dalam dunia politik termasuklah gelagat berkempen ketua pembangkang, Anuar Ibrahim. Kali ini DC ingin mengajak pembaca semua merasai bahang kempen pembangkang di Balingian Mukah dalam usaha mereka meraih undi pengundi di Balingian.KLIK DISINI Adakah mereka akan berjaya seperti di Kajang? Kita tunggu keputusan penuh 29 Mac ini.


 

Rabu, 12 Mac 2014

KEMBALILAH


 

KEMBALILAH   MH370


 

SEJUJURNYA
AKU JUGA SEPERTI MEREKA
MENANTI DAN TERUS MENANTI
BERHARAP DAN TERUS MENGHARAP AKAN ADA KEAJAIBAN
KERANA AKU PASTI
AKAN ADA HARAPAN DISETIAP IMPIAN
AKAN ADA JAWAPAN DISETIAP DOA YANG DIPANJATKAN
ITU JANJINYA
 
SELAGI ADA HARAPAN KAMI AKAN TERUS BERHARAP
 BERHARAP KAU AKAN KEMBALI
MEMBERI SINAR PADA HATI- HATI YANG MENANTI
SUDAH TERLALU LAMA KAU PERGI
AKHIRILAH PENANTIAN INI
KEMBALILAH
KAMI SEMUANYA MENANTIMU MH 370
 * DOA MERUPAKAN SENJATA ORANG MUKMIN. MAKA TERUSLAH BERDOA

 



 

Ahad, 9 Mac 2014

KENALI ADENAN

ADENAN SATEM
 
DC amat mengenali  nama disebalik Tan Sri Adenan bin Hj. Satem memandangkan beliau merupakan wakil rakyat di kawasan DC sejak 2006 lagi. Tidak dinafikan selain mempunyai sikap mesra alam yang dimilikinya sejak azali lagi, Adenan merupakan wakil rakyat yang amat perihatin terhadap permasaalahan di kawasan tanjung Datu tempat kelahiran DC.Sebenarnya DC membesar dengan nama beliau kerana sering kali mendengar namanya disebut-sebut bukan sahaja ketika pilihanraya, bahkan hampir setiap kali ramadan bertandang  beliau akan turun ke masjid-masjid di kawasan beliau untuk sama-sama berbuka dan bersolat tarawih bersama rakyat dan diakhiri dengan sedikit buah tangan dari beliau. Dari situ DC dapat melihat beliau dengan lebih dekat, seorang yang ramah dan kelakar apabila berbicara.  Senyuman juga tak lekang dibibir. DC amat yakin beliau mampu sebaris dengan mantan ketua menteri kita yang keempat Pehin Sri dalam menerajui Sarawak pada masa akan datang.  Disini DC ingin pembaca sama-sama mengenali Ketua menteri Sarawak yang ke lima ini dengan lebih dekat lagi. KLIK DISINI


* BERFIKIR SESAAT ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERIBADAT SETAHUN ( NABI MUHAMMAD S.A.W)