Ahad, 9 Mac 2014

KENALI ADENAN

ADENAN SATEM
 
DC amat mengenali  nama disebalik Tan Sri Adenan bin Hj. Satem memandangkan beliau merupakan wakil rakyat di kawasan DC sejak 2006 lagi. Tidak dinafikan selain mempunyai sikap mesra alam yang dimilikinya sejak azali lagi, Adenan merupakan wakil rakyat yang amat perihatin terhadap permasaalahan di kawasan tanjung Datu tempat kelahiran DC.Sebenarnya DC membesar dengan nama beliau kerana sering kali mendengar namanya disebut-sebut bukan sahaja ketika pilihanraya, bahkan hampir setiap kali ramadan bertandang  beliau akan turun ke masjid-masjid di kawasan beliau untuk sama-sama berbuka dan bersolat tarawih bersama rakyat dan diakhiri dengan sedikit buah tangan dari beliau. Dari situ DC dapat melihat beliau dengan lebih dekat, seorang yang ramah dan kelakar apabila berbicara.  Senyuman juga tak lekang dibibir. DC amat yakin beliau mampu sebaris dengan mantan ketua menteri kita yang keempat Pehin Sri dalam menerajui Sarawak pada masa akan datang.  Disini DC ingin pembaca sama-sama mengenali Ketua menteri Sarawak yang ke lima ini dengan lebih dekat lagi. KLIK DISINI


* BERFIKIR SESAAT ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERIBADAT SETAHUN ( NABI MUHAMMAD S.A.W)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan